SEJARAH PENUBUHAN SIFU MANDARIN
Sebelum tertubuhnya syarikat secara rasmi, kami menjalankan perniagaan berbentuk home tuition di rumah kami dan di rumah pelanggan. Waktu itu, sekitar tahun 2013, kami menawarkan banyak subjek untuk pelajar sekolah termasuk subjek bahasa Mandarin.
Kemudian, kami merasakan persaingan yang agak sengit daripada pesaing-pesaing yang lain dimana mereka merupakan “otai” dalam industri tuisyen ini. Kami juga mendapat permintaan daripada ibu / bapa / pelanggan dewasa untuk buka kelas bahasa Mandarin (dewasa). Rentetan daripada itu, pada tahun 2014 kami telah daftarkan perniagaan kami diatas nama SHO Training & Consultancy. Kami menyewa satu premis kecil (18 x 12 kaki sahaja) di kawasan Ampang untuk memulakan operasi kelas bahasa Mandarin secara sepenuh masa.
Sedar akan kekuatan sesuatu jenama, kami telah jenamakan kelas kami diatas nama SIFU MANDARIN supaya kelas kami mempunyai kelainan dan mudah diingati oleh pelanggan. Ianya juga hasil idea dan tunjuk ajar mentor kami iaitu En Aslam daripada ASL Development Group.Pada awal tahun 2017, pelajar kelas kami terdiri daripada pegawai bank, pengarah syarikat dan lain-lain. Sedar akan kepentingan kelesesaan kepada pelajar, kami menambah baik perkhidmatan dengan menyewa ruang kelas yang lebih besar dan sedikit ruang pejabat untuk kerja-kerja pengurusan. Pada tahun ini juga kami “upgrade” perniagaan kami dengan menukar nama dan status syarikat menjadi Sifu Mandarin Consulting PLT. Ianya juga hasil nasihat dan tunjuk ajar mentor kami iaitu Dr Azam daripada SAHABAT Group.
OPERASI SYARIKAT SIFU MANDARIN
Kini kami beroperasi di Ampang (HQ).
Manakala cawangan di Shah Alam dan Wangsa Maju.
Untuk Kelas Mandarin Dewasa, kami buat di Ampang, Shah Alam dan Wangsa Maju.
Untuk Seminar / Bengkel bahasa Mandarin untuk agensi kerajaan atau swasta pula, kami akan ke ofis mereka.
Manakala Kelas Cilik Mandarin (KCM) (pelajar 7-12 tahun yang bukan sekolah Cina) kami buat di Ampang & Shah Alam.
Kelas Tuisyen SJKC (7-12 tahun khas untuk pelajar sekolah Cina) hanya di Ampang sahaja.
Buat masa ini kami mempunyai 4 orang guru di Ampang / Shah Alam / Wangsa Maju.

” Khas Untuk Mereka Yang ZERO Mandarin “
hawa laoshi, SifuMandarin